SHAH ALAM: Penyanyi, Zaki Yamani, mendedahkan ibunya pernah diganggu seorang peminat yang berulang kali menghubungi dan menghantar mesej sehingga menjejaskan privasi keluarganya.

Bagaimanapun, Zaki atau nama penuhnya, Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, memilih untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu terbabit selepas mengetahui dia orang kurang upaya (OKU).

Katanya, gangguan itu bukan perkara baharu, namun dia tidak mahu isu berkenaan berlarutan sehingga mengundang kecaman netizen terhadap individu terbabit.

"Sebenarnya, gangguan ini sudah berlaku sejak dulu lagi. Saya tidak marah, tetapi perkara ini mengganggu privasi kami.