KUALA TERENGGANU: Adinda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, iaitu Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mangkat pada 1.20 pagi tadi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Mohd Sophian Abu Bakar, jenazah akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 1.15 tengah hari ini dengan menggunakan pesawat khas.
Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail akan menyambut jenazah Allahyarham di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.
Jenazah akan dibawa ke Balai Islam untuk penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Makam DiRaja Masjid Al-Muktafi Billah Shah.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F3245342234342324_534722.png&w=480&output=webp&q=85&we)

