KUALA LUMPUR - Adinda kepada Sultan Terengganu, Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, mangkat pada jam 1.20 pagi Sabtu di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur.Perkara itu dimaklumkan menerusi pengumuman rasmi yang dibuat dengan titah perkenan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham Tengku Baderul Zaman dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada jam 1.15 tengah hari ini dengan pesawat khas.Pemangku Raja Terengganu dijadual menyambut ketibaan jenazah sebelum dibawa ke Balai Islam untuk penghormatan terakhir."Selepas solat Asar pada jam 4.13 petang, solat jenazah akan dilaksanakan sebelum jenazah dibawa ke Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu bagi Istiadat Pemakaman.", menurut kenyataan itu.Pemangku Raja Terengganu turut berkenan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Oktober 2026.Sementara itu, majlis tahlil akan diadakan selama tiga malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. - Awani
Tengku Baderul Zaman mangkat, Terengganu berkabung tiga hari

Key takeaways
Tengku Baderul Zaman meninggal dunia pada jam 1.20 pagi di Kuala Lumpur. Terengganu berkabung selama tiga hari.
- Tengku Baderul Zaman meninggal di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur.
- Jenazah akan dibawa ke Terengganu untuk upacara pemakaman.
- Pemangku Raja Terengganu mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Tengku Baderul Zaman mangkat, Terengganu berkabung tiga hari (this story)
- Utusan Malaysia Adinda Sultan Terengganu mangkat
- Free Malaysia Today Adinda Sultan Terengganu mangkat
- Harian Metro Adinda Sultan Terengganu mangkat
- Berita Harian Adinda Sultan Terengganu mangkat








