MELAKA - Sebuah rumah inap desa di Klebang Kechil di sini yang beroperasi menjadi pusat operasi sindiket penipuan pelaburan warga asing sejak tiga bulan lalu dengan merekrut warga tempatan sebagai penjaga premis dibongkar pada Khamis.Operasi digerakkan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta JIM Negeri Melaka.Serbuan bermula jam 10.35 pagi menahan 32 warga asing termasuk dua wanita terdiri daripada 31 China serta seorang Taiwan berumur lingkungan 20 hingga 51 tahun.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, modus operandi sindiket ialah menjadikan premis ‘homestay’ sebagai pusat operasi untuk menjalankan kegiatan penipuan pelaburan bagi mengaburi pihak berkuasa.Menurutnya, sindiket yang dikendalikan oleh operator warga China dan Taiwan ini menggunakan platform media sosial serta aplikasi komunikasi untuk memperdaya warga Korea di negara asal mereka melalui tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat."Hasil pemeriksaan mendapati operator sindiket dibahagikan kepada tiga skop tugas iaitu mengendalikan khidmat pelanggan, menguruskan maklumat berkaitan pelaburan serta menyimpan data pelanggan."Hasil soal siasat mendapati operator tersebut tidak dibenarkan keluar dari premis sepanjang tempoh bekerja," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tambahnya, bekalan makanan pula akan dihantar dua lelaki tempatan yang turut ditahan dalam operasi.Kata beliau, lelaki tempatan berusia 22 dan 32 tahun yang dipercayai ‘penjaga premis’ dan dibayar RM3,000.Zakaria menjelaskan, dalam serbuan tersebut, pasukan operasi merampas pelbagai barang antaranya tiga naskhah pasport China, 309 unit telefon bimbit, 45 unit set komputer, lima unit router serta 21 buku nota arahan penipuan kepada mangsa."Anggaran nilai rampasan ialah sebanyak RM318,600," ujarnya.Katanya lagi, kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.