MELAKA - Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya memberi perhatian serius terhadap pemilihan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bagi mengelakkan kawasan yang dianggap kubu kuat parti itu jatuh ke tangan pihak lawan.Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berkata, pemilihan calon yang tepat amat penting, selain mengambil kira penerimaan pengundi dan pandangan akar umbi bagi memastikan kemenangan dapat dipertahankan.Menurutnya, beliau bimbang situasi seperti di DUN Sungai Udang pada pilihan raya lalu berulang apabila kerusi yang dianggap kubu kuat BN akhirnya tewas kepada pihak lawan.Katanya, walaupun kerjasama BN dan Pas dilihat mampu memberi kelebihan dalam PRN kali ini, ia tidak semestinya menjamin kemenangan sekiranya calon yang dipilih tidak mendapat sokongan mencukupi."Pemilihan calon ini perlu diambil serius. Saya berharap Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memandang serius perkara ini supaya kita tidak kehilangan kerusi seperti yang berlaku di Sungai Udang."Kita menjangkakan kawasan itu kubu kuat, tetapi akhirnya kita kalah," katanya ditemui pada pelancaran jentera pilihan raya DUN Pantai Kundor.Nor Azman berkata, beliau memberi tumpuan kepada perkembangan di DUN Pantai Kundor dan mendapati kerusi berkenaan berdepan persaingan sengit pada PRN kali ini.Menurutnya, beliau menerima maklumat bahawa pihak lawan berkemungkinan menampilkan calon berpengaruh yang dijangka memberi cabaran kepada BN untuk mempertahankan kerusi itu."Pantai Kundor antara kubu kuat yang tidak pernah kalah. Namun, saya bimbang kerana mendapat maklumat pihak lawan akan meletakkan nama besar di sini."Calon berkenaan anak tempatan Tangga Batu dan suaminya juga berpengaruh, jadi ini satu saingan yang kuat," katanya.Mengulas kerjasama BN dan Pas, beliau berkata, gabungan undi kedua-dua parti berdasarkan keputusan PRN terdahulu tidak semestinya menjamin kemenangan kerana faktor penerimaan terhadap calon turut memainkan peranan.Belaiu menerima maklumat daripada pihak Pas bahawa terdapat kebimbangan berhubung calon yang bakal diketengahkan.Bagaimanapun, Nor Azman menegaskan beliau tetap komited membantu mana-mana calon yang dipilih BN untuk bertanding di DUN Pantai Kundor."Saya akan membantu sesiapa sahaja calon yang diletakkan di DUN Pantai Kundor. Itu janji saya dan saya tidak akan memungkirinya. Saya akan terus membantu sehingga akhirnya," katanya.
'Pemilihan calon penting, jangan ambil mudah suara akar umbi' - Nor Azman

Key takeaways
Nor Azman menekankan pentingnya pemilihan calon yang tepat untuk mengelak kehilangan kawasan BN dalam PRN Melaka.
- Pemilihan calon perlu diambil serius untuk mempertahankan kemenangan BN.
- Nor Azman bimbang kawasan kubu kuat BN seperti Sungai Udang mungkin kalah lagi.
- Pihak lawan mungkin menampilkan calon berpengaruh yang memberi cabaran kepada BN.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Orang ramai jangan ambil tindakan sendiri terhadap pelarian
- Sinar Harian 'Pemilihan calon penting, jangan ambil mudah suara akar umbi' - Nor Azman (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F3245342234342324_534722.png&w=480&output=webp&q=85&we)
