JOHOR BAHRU - Seorang wanita yang sebelum ini tular menyebarkan ajaran sesat menggunakan nama ‘Ratu Balqis’ masing-masing didenda RM5,000 dan penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Syariah.Dua lagi individu yang didapati bersubahat dengan wanita berkenaan, sebelum ini turut dijatuhi hukuman yang sama pada Khamis.Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga mereka dipenjara tambahan lima bulan sekiranya gagal membayar denda.Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tertuduh pertama mengaku bersalah di bawah Seksyen 4 (doktrin palsu) dan Seksyen 6(b) (dakwaan palsu)."Dua lagi tertuduh, masing-masing dituduh bersubahat di bawah Seksyen 43(b) dan Seksyen 43(c) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 (Enakmen No. 4 Tahun 1997) berkaitan kesalahan yang sama."Kes ini memperlihatkan keseriusan kesalahan berkaitan penyebaran doktrin palsu dan dakwaan palsu khususnya apabila melibatkan kedudukan Rasulullah SAW serta pelaksanaan ibadah yang boleh mengelirukan masyarakat," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Beliau berkata, pihak berkuasa agama Johor akan terus memperkukuh dakwah, pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras penyelewengan akidah serta memastikan tindakan diambil mengikut undang-undang.Pad Ogos lalu, wanita sama turut dihukum 10 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan membuat hantaran palsu dan jelik melampau di media sosial.
Ajaran sesat: ‘Ratu Balqis’, dua rakan subahat dipenjara 12 bulan, denda RM5,000

Key takeaways
Seorang wanita dan dua rakan subahatnya dihukum 12 bulan penjara dan denda RM5,000 kerana menyebarkan ajaran sesat menggunakan nama 'Ratu Balqis'.
- Wanita tersebut dihukum kerana menyebarkan doktrin palsu dan dakwaan palsu.
- Dua rakan subahatnya juga dihukum sama kerana terlibat dalam kes yang sama.
- Mahkamah memerintahkan hukuman tambahan lima bulan jika denda tidak dibayar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Ajaran sesat, ibu bapa awasi anak-anak – Amin Idris
- Utusan Malaysia Ratu Balqis, dua rakan subahat dipenjara 12 bulan, denda RM5,000
- Sinar Harian Ajaran sesat: ‘Ratu Balqis’, dua rakan subahat dipenjara 12 bulan, denda RM5,000 (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F3245342234342324_534722.png&w=480&output=webp&q=85&we)
