MELAKA – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat memberi kelebihan untuk meraih kemenangan, namun jentera parti tidak boleh terlalu selesa dan perlu terus bekerja keras.Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi berkata, kerjasama itu berpotensi membantu BN mencapai kemenangan lebih besar berbanding pilihan raya sebelum ini.Bagaimanapun, beliau menegaskan usaha berterusan tetap diperlukan bagi memastikan kemenangan, mengambil kira kepelbagaian latar belakang dan pendekatan dalam parti."Sudah semestinya kerjasama ini memberi kelebihan. Namun, kita tidak boleh selesa dan perlu terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan sebelum ini dapat dikekalkan, malah mungkin mencapai kejayaan lebih besar."Kerja keras tetap perlu dilaksanakan kerana parti ini mempunyai pelbagai latar belakang. Jadi, kita sebagai ahli parti perlu terus bekerja dan tidak boleh berasa selesa," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran jentera pilihan raya DUN Pantai Kundor yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Mengulas kemungkinan dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi berkenaan, Tuminah berkata, keputusan itu diserahkan kepada kebijaksanaan Ketua Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin dan Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka.Katanya, kepastian mengenai calon hanya akan diketahui menerusi pengumuman rasmi calon BN pada malam ini."Sudah tentu saya mahu mempertahankan kerusi yang disandang ini, namun perjalanan masih jauh dan banyak perkara yang perlu dilaksanakan."Pilihan raya pada 14 November ini menjadi penentu. Bagi saya, kesiapsiagaan jentera, kesatuan dan kerjasama berpasukan adalah perkara paling penting," katanya.Beliau menegaskan seluruh jentera perlu bersatu dan bersedia menghadapi sebarang cabaran bagi memastikan kemenangan BN di Melaka.
PRN Melaka: Kerjasama BN-Pas ada kelebihan, tapi tak boleh terlalu selesa

Key takeaways
Kerjasama BN dan Pas dalam PRN Melaka memberi kelebihan, tetapi jentera parti perlu terus bekerja keras.
- Kerjasama BN dan Pas berpotensi bantu meraih kemenangan lebih besar.
- Tuminah menegaskan jentera parti tidak boleh terlalu selesa dan perlu terus bekerja keras.
- Keputusan calon akan diumumkan secara rasmi pada malam ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PRN Melaka: Kerjasama Pas, BN positif – Hadi Awang
- Free Malaysia Today PAS-BN capai persetujuan asas kerjasama PRN Melaka, kata Hadi
- Utusan Malaysia PRN Melaka: BN umum calon, kerjasama pada 28 Oktober
- Sinar Harian PRN Melaka: Kerjasama BN-Pas ada kelebihan, tapi tak boleh terlalu selesa (this story)








