KUALA LUMPUR: Lebih satu perempat responden yang pernah berkahwin atau menjalani hubungan jangka panjang tidak mengetahui jumlah hutang pasangan sebelum membuat komitmen, menurut Tinjauan Celik Kewangan Malaysia RinggitPlus 2026 (RMFLS 2026).
Dapatan itu berdasarkan jawapan 2,321 responden mengenai perkahwinan atau hubungan jangka panjang semasa atau paling terkini.
Daripada jumlah berkenaan, 26 peratus mengaku langsung tidak mengetahui jumlah hutang pasangan sebelum membuat komitmen, manakala 43 peratus mengetahuinya sepenuhnya dan 31 peratus hanya mempunyai gambaran kasar.
Dalam kalangan 1,317 responden yang hanya mengetahui hutang pasangan secara kasar atau langsung tidak mengetahuinya pada peringkat awal, 25 peratus kemudian mendapati jumlah hutang berkenaan lebih tinggi daripada jangkaan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F3245342234342324_534722.png&w=480&output=webp&q=85&we)
