PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan melibatkan lapan negeri serta dua Wilayah Persekutuan setakat pukul 11 pagi ini.
MetMalaysia memaklumkan, amaran cuaca buruk itu melibatkan seluruh Pulau Pinang, Selangor dan Melaka termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu, Kuala Muda, Yan, Kota Setar dan Pendang manakala di Perak meliputi Kerian, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Perak Tengah.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Port Dickson, Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan selain Tangkak, Muar, Batu Pahat serta Pontian di Johor.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F3245342234342324_534722.png&w=480&output=webp&q=85&we)

