KUALA TERENGGANU : Jualan Agro Madani (JAM) Mega Terengganu yang berlangsung lima hari sejak 21 Oktober lalu dijangka mencatat nilai jualan sehingga RM1.3 juta, iaitu hampir dua kali ganda daripada sasaran awal RM690,000.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Faisal Iswardi Ismail berkata, program itu merekodkan nilai jualan hampir RM800,000 setakat semalam, iaitu hari ketiga penganjuran dengan sasaran seramai 50,000 pengunjung.
Katanya, pencapaian itu menunjukkan sambutan positif pengguna terhadap program berkenaan yang menawarkan pelbagai produk pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
“Pada asalnya, kita menyasarkan nilai jualan sebanyak RM690,000 sepanjang lima hari program tetapi berdasarkan pencapaian setakat ini, kita menjangkakan jumlah itu boleh meningkat sehingga RM1.3 juta” katanya selepas mengadakan sesi tinjauan di JAM Mega Terengganu di Dataran Shahbandar, di sini hari ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F3245342234342324_534722.png&w=480&output=webp&q=85&we)
