Istanbul: Menteri Luar Itali Antonio Tajani pada Jumaat menuntut pembebasan segera lima wanita Itali yang ditahan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki, menyebut penahanan mereka tidak boleh diterima, lapor Anadolu Ajansi, memetik agensi berita tempatan.

"Kami warga Itali menuntut pembebasan segera lima wanita Itali yang ditangkap oleh tentera Israel," kata Tajani, menurut agensi berita Itali ANSA.

"Kami berharap mereka boleh dihantar pulang ke Itali dalam beberapa jam akan datang. Apa yang berlaku tidak boleh diterima, mereka tidak melakukan sebarang jenayah," tambahnya.

Menurut Kementerian Luar Itali pada Khamis, aktivis Itali telah ditahan di perkampungan al-Bweib, selatan Hebron ketika mengiringi petani Palestin menuai buah zaitun.