London: Johnny Nelson memberi amaran kepada Tyson Fury dan Anthony Joshua supaya menjauhkan diri daripada Daniel Dubois selepas petinju heavyweight itu membelasah Fabio Wardley dengan penuh bergaya.

Juara heavyweight WBO berusia 29 tahun itu mencipta kejayaan besar apabila menewaskan Wardley menerusi kemenangan knockout teknikal dalam tempoh kurang dua pusingan di O2 Arena.

Dubois menjatuhkan lawannya dari Britain itu hanya 17 saat selepas pertarungan bermula sebelum asakan bertali arus memaksa pasukan Wardley membaling tuala pada pusingan kedua.

Nelson, bekas juara dunia cruiserweight, percaya aksi itu sepatutnya menjadi amaran kepada Fury, 38, dan Joshua, 37, yang bakal bertembung dalam pertarungan terbesar dalam sejarah tinju Britain.