Tanaman yang menghiasi halaman rumah bukan sekadar mencantikkan persekitaran, malah menjadi sebahagian daripada rutin harian pencinta kehijauan yang meluangkan masa menyiram, membaja dan memastikan setiap pokok tumbuh subur.
Namun, apabila jerebu menyelubungi persekitaran sejak kebelakangan ini, keadaan itu bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan kita malah berupaya mengubah pemandangan di luar rumah.
Sekali gus boleh juga mempengaruhi kesihatan tanaman jika pendedahan terhadap pencemaran berlaku secara berterusan.
Walaupun tanaman tidak semestinya terjejas akibat pendedahan singkat, keadaan berbeza apabila jerebu berkepekatan tinggi berlarutan beberapa hari hingga beberapa minggu, bergantung pada jenis tanaman, tempoh pendedahan dan keadaan persekitaran.









