GEORGETOWN: Umat Islam perlu mengelak pembabitan dalam pembersihan rumah ibadat bukan Islam, selain menjauhi ritual keagamaan bertentangan dengan hukum syarak.

Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, berkata penentuan hukum pembabitan orang Islam membersih kuil, gereja atau rumah ibadat agama lain perlu dibeza antara dua keadaan.

"Keadaan itu jika ia mempunyai hubungan langsung dengan penyediaan, pemeliharaan atau pengendalian tempat dan peralatan khusus bagi pelaksanaan ritual agama lain.

"Ia termasuk membersihkan patung sembahan, altar pemujaan atau menyediakan ruang khusus bagi upacara penyembahan.