Washington: Presiden Donald Trump memberi amaran pada Jumaat, Amerika Syarikat (AS) boleh melancarkan satu lagi operasi ketenteraan terhadap Iran jika Tehran tidak bersetuju dengan rundingan, lapor Anadolu Ajansi.
Bercakap pada perhimpunan di Florida, Trump merujuk pada Operasi Midnight Hammer dan Operasi Epic Fury, mendakwa kedua-dua operasi itu telah merosakkan keupayaan nuklear Iran dengan teruk.
Trump kemudian membangkitkan kemungkinan tindakan ketenteraan selanjutnya jika Iran tidak bersetuju dengan penyelesaian yang dirundingkan.
"Kami mungkin melakukan satu lagi Epic Fury, atau mereka akan bersetuju," katanya.









