PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran menceritakan kekecewaan terhadap individu yang mengkhianatinya.
Walaupun tidak menyatakan sebarang nama, Uyaina menyifatkan individu terbabit sebagai seorang yang mempunyai karakter ‘talam dua muka’, selain disifatkan sebagai toksik.
“Sikap dengki, perwatakan bermuka-muka, mulut puaka dan toksik yang ada pada diri awak tidak layak untuk menerima kemaafan daripada saya,” tegasnya menerusi hantaran di media sosial.
Uyaina turut memberi amaran keras kepada individu berkenaan agar tidak mengambil kesempatan di atas sikap berdiam dirinya selama ini.









