Mesyuarat Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 selama dua hari yang bermula semalam di Istana Negara dipengerusikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan pengehadan tempoh jawatan perdana menteri serta pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya menjadi antara perkara utama yang dirunding dan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273.
Mesyuarat dua hari yang bermula semalam di Istana Negara dipengerusikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah manakala Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat hadir pada hari kedua dengan diiringi Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, majlis memperhalusi Kertas Untuk Merundingi Majlis Raja-Raja Berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 Mengenai Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri.







