KPM mengumumkan ujian akhir sesi akademik pada minggu depan ditangguhkan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ujian akhir sesi akademik (UASA) yang dijadualkan pada minggu depan ditangguhkan susulan jerebu.

Penangguhan itu mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga tentang kesihatan anak-anak, khususnya mereka yang perlu hadir ke sekolah untuk menduduki UASA.

Sementara itu, pihak sekolah diberikan ruang untuk menyusun semula jadual pelaksanaan UASA, dan jadual baharu akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga.

"Kementerian Pendidikan (KPM) memahami dilema yang dihadapi ibu bapa. Mereka mahu melindungi kesihatan anak-anak, tetapi pada masa yang sama bimbang sekiranya ketidakhadiran ke sekolah menyebabkan anak-anak terlepas pentaksiran.