YOMRA, Turkiye: Penjaga gol Manchester United, Andre Onana, terbabit dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di Turkiye.
Penjaga gol antarabangsa Cameroon itu kini beraksi secara pinjaman bersama kelab Liga Super Turkiye, Trabzonspor.
Onana membantu pasukannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hearts dalam saingan Liga Konferens UEFA pada Khamis.
Bagaimanapun, Onana dan keluarganya berdepan detik mencemaskan ketika dia memandu pulang selepas perlawanan berkenaan.









