DUBAI: Serangan Houthi terhadap Arab Saudi setakat ini hanya memberi kesan ekonomi yang terhad kepada kerajaan itu, berikutan permintaan domestik yang kukuh, kata pengarah serantau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada AFP, meskipun ketidaktentuan geopolitik kekal sebagai ancaman.

Kumpulan Yaman yang disokong Iran itu meningkatkan serangan terhadap Arab Saudi sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan menyasarkan kemudahan minyak dan lapa­ngan terbang ketika perang saudara di Yaman yang sekian lama reda kembali memuncak.

Arab Saudi, pengeksport mi­nyak terbesar dunia, berdepan kekangan penghantaran minyak mentah susulan sekatan Iran di Selat Hormuz dan pengisytiharan sekatan maritim oleh Houthi.