Riyadh: Gabungan pimpinan Arab Saudi yang memerangi kumpulan Houthi di Yaman pada Sabtu memaklumkan pihaknya memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan disokong Iran itu ke arah Riyadh.
Dua letupan kedengaran di Riyadh awal pagi Sabtu, menurut wartawan AFP di ibu negara Arab Saudi itu, ketika Houthi meneruskan serangan terhadap kerajaan berkenaan.
Sistem amaran awal diaktifkan bagi memaklumkan penduduk mengenai kemungkinan ancaman, menurut pertahanan awam Arab Saudi.
"Pertahanan udara memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan Houthi ke arah Riyadh," kata jurucakap gabungan, Turki al-Malki, menerusi hantaran di platform X.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F3245342234342324_534722.png&w=480&output=webp&q=85&we)


