Kuala Lumpur: Serangan siber dijangka terus meningkat dan menjadi semakin kompleks susulan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang turut dimanfaatkan penjenayah.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Sirajuddin Jalil berkata, sektor kritikal termasuk perbankan, kewangan dan agensi kerajaan berdepan ancaman berterusan kerana mengendalikan data penting yang menjadi sasaran penjenayah siber.

Menurutnya, penggunaan AI membolehkan penjenayah melancarkan pelbagai bentuk serangan, termasuk penafian perkhidmatan teragih (Distributed Denial-of-Service atau DDoS), pancingan data (phishing) dan perisian hasad (malware) secara lebih agresif.

"Pandangan saya, serangan akan terus meningkat kerana teknologi juga akan terus berkembang.