GANDINGAN popular Bollywood, Salman Khan dan Karisma Kapoor kembali mencuri perhatian apabila netizen mula mencadangkan supaya kedua-dua bintang itu mendirikan rumah tangga selepas melihat keserasian mereka dalam program bual bicara Koffee With Karan musim kesembilan.
Pertemuan semula dua selebriti itu mengimbau nostalgia peminat yang mengikuti perjalanan persahabatan mereka sejak lebih tiga dekad lalu.
Malah, keakraban serta gelagat bersahaja mereka ketika berinteraksi dalam program tersebut mencetuskan pelbagai komen lucu dalam media sosial, termasuk desakan supaya mereka berkahwin.
Ada peminat menyifatkan Salman dan Karisma memiliki keserasian seperti pasangan suami isteri, manakala sebahagian lagi menganggap mereka sebagai gandingan kegemaran yang tidak pernah menjadi kenyataan dalam kehidupan sebenar.










