LENGGONG - Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan terapung berhampiran tebing Tasik Raban dekat pengkalan ikan di Kuak di sini.Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki berkenaan jam 5.17 petang, Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, hasil siasatan turut menemukan sebuah motosikal jenis Honda Wave berwarna merah putih di kawasan sekitar tasik yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa."Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik dan identiti lelaki itu disahkan oleh isterinya menerusi proses pengecaman pada Selasa," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan tiada unsur jenayah dikesan.Menurutnya, beberapa spesimen turut diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh bagi menjalani ujian toksikologi."Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut," katanya.