IPOH – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 286.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, maklumat berkaitan nahas membabitkan motosikal Honda ADV160 dengan kereta jenis Gen2 dan kereta jenis Lexus itu diterima pada pukul 12.30 tengah hari.
Katanya, siasatan awal mendapati Proton Gen2 yang mengalami kerosakan berhenti di lorong kecemasan sebelum motosikal dinaiki pasangan berusia 55 tahun it









