SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak Ahli Parlimen Hulu Langat berhubung kenyataan memperlekehkan beliau menjual ikan.Muhamad Akmal berkata, sekurang-kurangnya beliau bukan seperti pemimpin DAP yang meminta sumbangan rakyat untuk bayar saman."Nak memperlekehkan orang jual ikan ikut kamu lah wahai Sany. Sekurangnya saya jual ikan milik saya dan guna duit saya sendiri tanpa satu sen duit rakyat saya gunakan."Kawan-kawan DAP kamu minta sumbangan, kamu diam membisu," ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, menyindir seorang Ketua Pemuda parti politik yang pernah melaungkan slogan mempertahankan Melayu, Islam dan institusi diraja, tetapi menurutnya kini memperlihatkan percanggahan pendirian dalam isu membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan.Sindiran itu dilontarkan ketika beliau membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan mempersoalkan sikap pihak yang menggunakan sentimen bangsa, agama dan raja untuk meraih sokongan politik.Katanya, ada satu ketua pemuda yang sekarang jual ikan beritahu 'jangan ganggu raja, agama dan bangsa kami'.Tambah Muhamad Akmal, malah ada yang jual seluar dalam untuk kutipan dana."Itu pun kamu tidak perlekehkan pula."Lupa, abang besar jangan disentuh," katanya.