BARCELONA: Real Madrid menerima tamparan menjelang aksi El Clasico menentang Barcelona dalam saingan LaLiga, esok pagi, apabila penjaga gol utama, Thibaut Courtois terpaksa diketepikan akibat demam selesema.

Ketiadaan penjaga gol Belgium itu pastinya dirasai skuad Los Blancos yang bakal berdepan pencabar utama dalam pertembungan penting menentang Barcelona yang kini menerajui liga.

Real mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan rasmi, sekali gus menyaksikan Courtois terlepas aksi pertamanya musim ini.

Penjaga gol berusia 34 tahun itu sebelum ini menjadi antara tonggak penting pasukan namun masalah kesihatan menghalangnya daripada beraksi di Camp Nou.