MANCHESTER: Bintang Manchester United, Bryan Mbeumo memperagakan kemahiran bermain piano yang luar biasa di mana beliau mempelajari instrumen terbabit secara kendiri menerusi platform YouTube.
Mbeumo, 27, adalah seorang individu yang serba boleh selepas meledak empat gol daripada tujuh penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini namun bakat seni penyerang kreatif itu tidak hanya terbatas di atas padang bola sepak.
Pemain antarabangsa Cameroon itu belajar bermain piano secara bersendirian dengan menonton klip video YouTube sepanjang berada di pasukan lamanya, Brentford.
Kelab The Bees sangat menyokong bakat luar biasa bekas pemain bintang mereka itu sehingga meletakkan sebuah piano di pusat latihan bagi membolehkannya berlatih selepas selesai sesi latihan bersama rakan sepasukan.








