Kuala Lumpur: Nasi lemak dan roti tisu antara hidangan tempatan yang meninggalkan kesan istimewa buat pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan, Lee Junho sepanjang berada di negara ini.

Junho, 36, mengakui teruja dapat mencuba sendiri keenakan makanan terutama roti tisu kerana saiz besar dan bentuknya yang menjulang tinggi.

Malah, bintang drama Typhoon Family itu menganggap pengalaman menikmati roti tisu dengan pelbagai pilihan perasa sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

"Semalam, saya berpeluang mencuba nasi lemak dan roti tisu. Kedua-duanya sangat sedap. Saya tidak tahu mengapa roti tisu dipanggil sebegitu, tetapi saiznya yang besar dan bentuknya yang tinggi benar-benar menarik perhatian saya.