LAHAD DATU: Enam individu termasuk tiga wanita ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah restoran di bandar ini yang dipercayai berpunca daripada cemburu.
Semua suspek berusia antara 19 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu jam 8 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata tangkapan dibuat susulan maklumat yang diterima polis.
Siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai bermula akibat cemburu membabitkan seorang pekerja lelaki dan seorang pekerja wanita.








