LAHAD DATU – Enam individu termasuk tiga wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Bandar Lahad Datu pada Sabtu.Pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua pekerja restoran itu berlaku kira-kira jam 3 petang dan turut tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata pergaduhan dan kekecohan di restoran berkenaan melibatkan kira-kira lapan hingga 10 individu."Kejadian disyaki berpunca daripada perselisihan faham antara dua pekerja restoran tersebut sebelum keadaan bertukar kecoh dan akhirnya berlaku pergaduhan."Susulan kejadian itu, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan setakat ini seramai enam individu terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 38 tahun telah ditahan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurut beliau, kesemua individu terbabit ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan."Penahanan mereka juga adalah bagi membantu siasatan."Pihak polis masih meneruskan siasatan termasuk usaha mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut," katanya.Susulan kejadian itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan undang-undang."Orang ramai juga diminta supaya tidak menyebarkan spekulasi, maklumat yang tidak disahkan atau video berkaitan kejadian tersebut yang boleh menimbulkan kegusaran awam dan menjejaskan ketenteraman masyarakat," tegasnya.
Enam termasuk wanita ditahan dalam pergaduhan di restoran

Key takeaways
Enam individu, termasuk tiga wanita, ditahan selepas pergaduhan di sebuah restoran di Lahad Datu.
- Pergaduhan berlaku antara dua pekerja restoran dan melibatkan kira-kira lapan hingga 10 individu.
- Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan menahan enam individu.
- Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan undang-undang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda
- Sinar Harian Enam termasuk wanita ditahan dalam pergaduhan di restoran (this story)








