Petaling Jaya: Pekerja penganalisa kerugian lebih RM11,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran mendapatkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas pembelajaran memandu.

Menurut sumber, wanita berusia 47 tahun itu pada mulanya tertarik dengan iklan di Facebook menggunakan nama sebuah akademi memandu pada 1 Oktober lalu.

"Mangsa kemudian menghubungi individu terbabit menerusi WhatsApp sebelum ditawarkan lesen memandu kereta automatik pada harga keseluruhan RM1,830, termasuk penyerahan kad lesen fizikal melalui seorang penghantar.

"Mangsa yang berminat kemudian membuat tiga transaksi berjumlah RM1,830 ke dua akaun bank atas nama dua individu berbeza bermula 1 Oktober hingga 12 Oktober," katanya.