Seremban: Persatuan Tinju Amatur Negeri Sembilan (PTANS) membuka peluang tajaan strategik kepada sektor korporat, syarikat swasta dan rakan industri bagi memperkukuh pembangunan sukan tinju di negeri itu.
Ia diharap dapat menyokong usaha melahirkan atlet berprestasi tinggi yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Presiden PTANS, Mohd Fitri Omar berkata, inisiatif berkenaan bertujuan menggalakkan lebih banyak pembabitan sektor swasta dalam pembangunan sukan, khususnya dari aspek pembiayaan program latihan, penyediaan peralatan, penyertaan kejohanan serta persiapan atlet menghadapi pertandingan.
"Kerjasama antara persatuan sukan dan sektor korporat dilihat penting dalam membina ekosistem pembangunan atlet yang lebih mampan, tersusun dan berdaya saing.








