LAM DONG (Vietnam): Seorang wanita warga Malaysia berusia 40 tahun diselamatkan selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 10 meter ketika mendaki di Da Lat, di sini hari ini, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA), memetik pihak berkuasa tempatan.
Kejadian kira-kira jam 5.45 pagi di kawasan pergunungan Hon Bo di wad Lam Vien–Da Lat ketika wanita itu, yang dikenal pasti sebagai GSW sedang mendaki ketika terjatuh ke dalam lubang terbabit, yang dikatakan sebahagian daripada tapak perlombongan terbiar berdiameter kira-kira 70 sentimeter.
Wanita berkenaan terperangkap di dalam lubang itu dan rakan kumpulannya cuba menariknya keluar, namun gagal. Pihak berkuasa tempatan kemudian dipanggil dan memutuskan untuk melancarkan operasi menyelamat kecemasan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fa9564cf6ee0909e9775b85ca0d12af96.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

