LAM DONG – Seorang wanita warga Malaysia berusia 40 tahun diselamatkan selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 10 meter ketika mendaki di Da Lat, Lam Dong, Vietnam pada Ahad, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA), memetik pihak berkuasa tempatan.

Kejadian berlaku kira-kira 5.45 pagi di kawasan pergunungan Hon Bo di wad Lam Vien–Da Lat, ketika wanita itu, yang dikenal pasti dengan inisialnya G.S.W. sedang mendaki di kawasan itu ketika terjatuh ke dalam lubang tersebut, yang dikatakan sebahagian daripada tapak perlombongan terbiar berdiameter kira-kira 70 sentimeter.