PETALING JAYA -Suasana Majlis Kenduri Rakyat meraikan perkahwinan pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bertukar menjadi tidak terkawal selepas lokasi majlis dibanjiri ribuan tetamu yang datang dari serata tanah air.

Melihat kepada situasi tersebut, Syed Saddiq, 33, menegur petugas agar membiarkan orang ramai memasuki ruang dewan Yong Sheng Banquet Hall, Muar, Johor supaya tidak kepanasan menunggu di luar dewan.

“Dewan atas banyak kosong, kita terlalu fokus nak biar orang duduk, itu tak penting.

“Tak adil orang boleh duduk sini, di luar kepanasan. Biarkan mereka masuk.