Ipoh: Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah kereta dinaiki dua wartawan dan sebuah lori di Jalan Ipoh-Lumut, berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Kledang Permai di sini pagi tadi, supaya tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka berhubung kejadian itu juga diminta menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, kereta jenis Perodua Bezza dinaiki dua wartawan berkenaan dalam perjalanan dari arah Meru menghala ke Bagan Datuk.

"Setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori dari arah sama.