IPOH – Polis sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan dua wartawan apabila kereta yang dinaiki mereka dilanggar sebuah lori di Jalan Ipoh-Lumut, berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Kledang Permai, Menglembu, di sini hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 5.45 pagi ketika kereta dinaiki kedua-dua wartawan berkenaan dalam perjalanan dari Meru menghala ke Bagan Datuk.
Katanya, siasatan awal mendapati kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu dilanggar dari arah belakang









