Cologne: Bintang Schalke, Robin Gosens dan Soufiane El-Faouzi terbabit dalam insiden pertembungan mengerikan ketika keputusan seri menentang Cologne yang menyaksikan kedua-dua pemain mengalami pendarahan.
Pasangan pemain itu bertembung selepas Said El Mala menolak El-Faouzi, sekali gus menyebabkannya melayang lalu melanggar rakan sepasukannya, Gosens.
Pertembungan kepala yang mengerikan itu mengakibatkan kedua-dua pemain terbaring di padang dan memerlukan rawatan perubatan.
Muka serta jersi mereka dibasahi darah, menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan dalam tempoh yang lama.










