Jelebu: Penantian hampir setahun pesara tentera yang juga generasi kedua FELDA Pasoh, di sini, menunggu bekalan elektrik, berakhir dan sudah mampu menggunakan peralatan dan perkakasan elektrik di rumahnya,
Mahadi Omar, 41, yang membina rumah kediaman di atas tanah asal peneroka tanah rancangan berkenaan gembira apabila penantian itu sudah berakhir.
Beliau pulang ke tanah rancangan berkenaan sebaik menamatkan perkhidmatan pada tahun lalu, sebelum membina rumah dengan kos RM160,000.
"Apabila mula berpencen saya membawa pulang peralatan elektrik yang digunakan ketika tinggal di kem namun ada yang tidak dapat digunakan disebabkan tiada bekalan elektrik.









