GEORGE TOWN – Seorang doktor yang maut dihempap konkrit ketika menyediakan sarapan di rumahnya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini disifatkan sebagai sebagai menantu yang baik.Ibu mentuanya, Wong Poh Lim, 80-an, berkata, dia tinggal bersama sejak tiga dekad lalu sebelum tragedi yang meragut nyawa menantunya, Wong Kar Lin, 73, pada pagi Sabtu.Lebih memilukan, Poh Lim terpaksa menyaksikan detik cemas ketika mereka sekeluarga cuba menyelamatkan diri.Poh Lim berkata, ketika kejadian, dia sedang mandi di tandas di tingkat atas sebelum dimaklumkan anak perempuannya, Chang Mei Nuo, 68, mengenai kejadian tanah runtuh itu.Menurutnya, mereka segera bergegas turun untuk menyelamatkan diri namun sebaik tiba di tingkat bawah, mereka mendapati menantunya sudah dihempap runtuhan."Kami sangat terkejut dan terus keluar untuk menyelamatkan diri. Semuanya berlaku begitu pantas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Ahad.Dia menambah, hanya mereka bertiga berada di rumah ketika kejadian manakala empat anak mangsa tinggal berasingan.BERITA BERKAITAN: Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di belakang rumahLelaki maut tertimbus tanah runtuh: 'Bunyi itu sangat kuat kerana dekat dengan rumah' - SaksiLelaki maut tertimbus tanah runtuh: Punca dikaitkan projek perumahan disiasatDoktor tertimbus tanah runtuh ketika siapkan sarapan untuk keluargaMayat doktor ditemukan tertimbus bawah konkritTanah runtuh: Arahan henti kerja dikeluarkan terhadap projek pembangunan - MBPPTanah runtuh: Penduduk buntu cari tempat tinggal sementaraWalaupun terselamat tanpa sebarang kecederaan, Poh Lim mengakui masih terkejut dengan kejadian yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila kehilangan menantu yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.Sementara itu, Mei Nuo yang masih diselubungi kesedihan berkata, kejadian itu merupakan pengalaman pertama seumpamanya sepanjang mereka menetap di kawasan berkenaan.Dalam kesedihan menghadapi kehilangan suami tersayang, dia bagaimanapun bersyukur apabila jasad suaminya berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat dari timbunan tanah dan konkrit dalam keadaan sempurna.
Doktor tertimbus tanah runtuh: 'Dia menantu yang baik' - Ibu mentua

Key takeaways
Seorang doktor maut dihempap konkrit semasa menyediakan sarapan di rumahnya selepas tanah runtuh. Ibu mentuanya menyifatkannya sebagai menantu yang baik.
- Doktor itu meninggal dunia semasa kejadian tanah runtuh di rumahnya.
- Ibu mentuanya, Wong Poh Lim, menyaksikan kejadian tersebut dan menyifatkan menantunya sebagai baik.
- Hanya tiga orang termasuk doktor itu berada di rumah ketika kejadian berlaku.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Tanah runtuh di Kajang: Tiga kereta tertimbus
- Berita Harian Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di belakang rumah
- Sinar Harian Doktor tertimbus tanah runtuh: 'Dia menantu yang baik' - Ibu mentua (this story)









