George Town: Lelaki ditemui meninggal dunia apabila bahagian belakang rumahnya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, di sini, ditimbus tanah runtuh pagi hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.36 pagi.
Menurutnya, seramai tiga mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh itu.
"Seorang mangsa adalah lelaki dan disahkan meninggal dunia selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah.









