GEORGE TOWN – Punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun di Lebuh Rambai 13, Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini masih disiasat termasuk kemungkinan mempunyai kaitan dengan projek pembangunan perumahan berhampiran.Difahamkan, terdapat projek pembangunan perumahan di kawasan bukit berhampiran yang turut menjadi perhatian susulan kejadian itu.Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong, Wong Hon Wai, sebarang kaitan antara projek berkenaan dengan kejadian tanah runtuh itu belum dapat dipastikan dan masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa."Kita tunggu siasatan dibuat oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan pemaju projek."Setakat ini kita tidak boleh membuat sebarang kenyataan sama ada ia berpunca daripada projek perumahan yang terletak di belakang taman ini atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Ahad.Tambah Hon Wai, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa dipercayai sedang menyediakan sarapan di bahagian dapur rumahnya sebelum tertimbus runtuhan tanah dari bahagian belakang kediaman."Menurut saksi yang juga isteri mangsa, dia bersama ibu mangsa berada di tingkat atas rumah sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dari bahagian bawah."Isteri mangsa kemudian bergegas turun untuk memeriksa keadaan sebelum mendapati bahagian belakang rumah mereka ditimbuni tanah runtuh."Susulan kejadian itu, pihak berkuasa sedang menjalankan penilaian teknikal bagi mengenal pasti punca runtuhan termasuk keadaan dan kestabilan cerun di kawasan berkenaan," katanya.BERITA BERKAITAN: Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di belakang rumahLelaki maut tertimbus tanah runtuh: 'Bunyi itu sangat kuat kerana dekat dengan rumah' - SaksiSementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, dianggarkan lokasi kejadian membabitkan 10 hingga 15 pemilik rumah di deretan berhampiran dinasihatkan supaya tidak menghampiri bahagian belakang kediaman masing-masing bagi mengelakkan risiko runtuhan susulan terutama ketika hujan masih berterusan."Penduduk bagaimanapun belum diarahkan mengosongkan rumah dan masih dibenarkan berada di bahagian hadapan kediaman sementara menunggu penilaian lanjut."Pihak berkuasa turut meminta pasukan teknikal MBPP dan wakil pemaju projek perumahan berhampiran hadir ke lokasi bagi membantu pemeriksaan."Arahan henti kerja terhadap projek pembangunan berhampiran juga boleh dipertimbangkan, tertakluk kepada penilaian dan keputusan pihak berkuasa tempatan," katanya.
Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: Punca dikaitkan projek perumahan disiasat

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 73 tahun maut akibat tanah runtuh di Taman Seri Rambai, dengan siasatan sedang dilakukan terhadap kaitan projek perumahan berhampiran.
- Kemungkinan kaitan antara tanah runtuh dan projek perumahan sedang disiasat.
- Mangsa maut ketika menyediakan sarapan di dapur rumahnya.
- Saksi mengesyaki runtuhan berlaku dari bahagian belakang rumah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki ditemukan maut tertimbus tanah di Pasir Gudang
- Berita Harian Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di belakang rumah
- Sinar Harian Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: Punca dikaitkan projek perumahan disiasat (this story)
- Free Malaysia Today Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di P Pinang






