Kuala Lumpur: Semangat membara terhadap dunia muzik rock membuatkan XPDC tampil berani dengan kembali merakam semula lagu-lagu lama yang diberikan nafas baru.

Setakat ini, mereka sudah merakam semula tiga lagu 'evergreen' iaitu Cek Mek Molek nyanyian asal Datuk M Daud Kilau diikuti Dendang Remaja (A Romzi & The Hooks) dan Oh Fatimah (Ramlie & The Rythmn Boys).

Izo berkata, XPDC mengambil inisiatif merakamkan semula tiga lagu era 1960-an dan 1970-an itu untuk memperkenalkan semula karya berkenaan kepada pendengar generasi baharu dengan adunan muzik segar.

"Ini juga sebagai salah satu usaha XPDC memaparkan semula hala tuju perjuangan muzik rock dan metal kami kepada peminat berikutan perubahan semasa yang berkembang dalam muzik tempatan.