GUA MUSANG - Hanya kenderaan ringan yang dibenarkan mengguna jalan lencongan sementara di lokasi lubang benam berhampiran Kelab Golf Gua Musang di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di sini yang dibuka bermula pada Ahad.Pembukaan laluan di Jalan Persekutuan FT008 itu mula berkuat kuasa jam 12 tengah hari bagi membolehkan pergerakan trafik diteruskan di kawasan terjejas.Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook.Menurut pemakluman itu, pembukaan laluan itu dikeluarkan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU/CSR) Pakej 3B dan 3C."Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi papan tanda trafik sementara dan arahan keselamatan yang disediakan di sepanjang laluan lencongan berkenaan."Pembukaan laluan itu bagaimanapun terhad kepada kenderaan ringan sahaja, manakala kenderaan lain perlu mengambil perhatian terhadap sekatan yang ditetapkan," katanya.JKR meminta pengguna jalan raya juga diminta supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Katanya, orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan sebelum memulakan perjalanan, khususnya mereka yang menggunakan laluan Gua Musang-Kota Bharu.
Lubang benam: Jalan lencongan Gua Musang-Kota Bharu dibuka hari ini, hanya kenderaan ringan dibenarkan

Key takeaways
Jalan lencongan Gua Musang-Kota Bharu dibuka hari ini hanya untuk kenderaan ringan.
- Hanya kenderaan ringan dibenarkan melalui jalan lencong berkenaan.
- Pembukaan jalan bermula jam 12 tengah hari untuk pergerakan trafik.
- Pengguna jalan dinasihatkan patuhi tanda dan arahan keselamatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Lubang benam: Jalan lencongan Gua Musang-Kota Bharu dibuka hari ini, hanya kenderaan ringan dibenarkan (this story)







