PEMAIN skuasy wanita negara S Sivasangari muncul juara selepas menewaskan Farida Mohamed dari Mesir pada aksi final Terbuka Silicon Valley 2026 di Redwood City, California pada Sabtu.Pemain keempat dunia itu menampilkan aksi cemerlang sepanjang 31 minit sebelum mengecewakan lawannya, sekali gus merangkul kejuaraan kejohanan bertaraf Emas itu pada percubaan kedua selepas muncul naib juara pada edisi tahun lepas.Kemenangan itu merupakan gelaran keempat Sivasangari dalam kejohanan bertaraf Emas, selain kejuaraan sulungnya dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) musim ini."Saya pernah menetapkan sasaran untuk mara ke separuh akhir kejohanan bertaraf Platinum dan sudah berjaya melakukannya pada awal musim ini."Jadi sekarang saya mahu melangkah lebih jauh dan cuba memenangi kejohanan Platinum," katanya kepada PSA Squash Tour selepas perlawanan akhir, yang menawarkan hadiah keseluruhan USD143,500 (kira-kira RM585,637) bagi kategori wanita.Bulan lepas, Sivasangari mempertahankan pingat emas perseorangan wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sebelum membantu Malaysia meraih emas acara berpasukan wanita.Kejayaan pemain kelahiran Kedah berusia 27 tahun di Jepun, turut melayakkannya beraksi pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28). - Bernama
Sivasangari juara Terbuka Silicon Valley 2026

Key takeaways
Pemain skuasy negara S Sivasangari menjuarai Terbuka Silicon Valley 2026 setelah mengalahkan Farida Mohamed dari Mesir.
- Sivasangari menjuarai kejohanan bertaraf Emas untuk kali keempat dalam kariernya.
- Kemenangan ini merupakan kejuaraan sulungnya dalam Jelajah PSA musim ini.
- Sivasangari berhasrat memenangi kejohanan bertaraf Platinum selepas berjaya masuk separuh akhir kejohanan Platinum.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sivasangari hampiri gelaran Terbuka Silicon Valley
- Sinar Harian Sivasangari juara Terbuka Silicon Valley 2026 (this story)







