Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pegawainya memberi bantuan segera kepada dua wartawan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Perak, hari ini.

​Kemalangan itu membabitkan wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Nur Afiradina Arshad dan wartawan New Straits Times (NST), Zahratulhayat Md Arif.

​Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau menerima khabar duka itu mengenai kedua-dua rakan media berkenaan yang terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan membuat liputan program di Bagan Datuk, Perak.

​"Mendoakan agar segala urusan rawatan mereka dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan yang baik dan segera pulih seperti sedia kala.