KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula barisan pemain dan jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Disember ini berisiko memberi kesan besar kepada skuad perseorangan lelaki negara jika pemain seperti Justin Hoh dan Leong Jun Hao digugurkan ketika Malaysia masih kekurangan pilihan berkualiti dalam acara itu.
Bekas pemain kebangsaan, Datuk James Selvaraj, berpandangan kedua-dua pemain itu wajar diberi peluang sekurang-kurangnya setahun lagi untuk memperbaiki prestasi, bukannya disingkirkan secara terburu-buru menjelang bermulanya saingan kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Berdasarkan ranking dunia ketika ini, Leong Jun Hao berada di kedudukan ke-31, manakala Justin Hoh di tangga ke-46, sekali gus menjadikan mereka antara dua pemain perseorangan lelaki terbaik negara ketika ini.








