KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah 15 tahun (B-15) negara meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Syria 3-1 pada aksi kedua Kumpulan H Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Hovsan Competition Complex, Baku, Azerbaijan, hari ini.
Malaysia memperoleh tiga gol menerusi Danny Firas Musleyadi pada minit ke-17 sebelum Iman Lutfi Zairol Hisham meledak dua gol masing-masing pada minit ke-32 dan ke-35 sementara Syria meraih gol sagu hati pada minit ke-36.
Semalam, skuad kendalian P Maniam menewaskan Dominica 3-1 dalam aksi pembukaan dan mereka dijadualkan menentang Ethiopia, malam ini dalam usaha memburu kemenangan hatrik.








