Kuala Lumpur: Skuad bola sepak Bawah 15 Tahun (B-15) negara meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Syria 3-1 dalam aksi kedua Kumpulan H Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Hovsan Competition Complex, Baku, Azerbaijan, hari ini.
Malaysia memperoleh tiga gol menerusi Danny Firas Musleyadi pada minit ke-17 manakala Iman Lutfi Zairol Hisham meledak dua gol masing-masing pada minit ke-32 dan ke-35 sementara Syria meraih gol sagu hati pada minit ke-36.
Kemenangan itu menyusul kejayaan skuad negara menewaskan Dominica 3-1 dalam aksi pembukaan semalam.
Skuad kendalian P Maniam itu dijadualkan menentang Ethiopia pada jam 7.45 malam ini dalam usaha memburu kemenangan ketiga berturut-turut.








